SEJARAH RINGKAS SK FELCRA BUKIT KEPONG
SK Felcra Bukit Kepong adalah sebuah sekolah yang terletak di penghujung Mukim Bukit Kepong iaitu kira-kira 86 KM dari Bandar Muar. Sekolah ini terletak di Rancangan Belia Felcra Bukit Kepong. Operasi pembinaan telah bermula pada 20 Julai 2000 dan penyerahan bangunan sekolah oleh JPNJ dilaksanakan pada 16 Disember 2002.
Pada 6 Januari 2003, sesi pertama persekolahan bermula dengan jumlah 456 murid, 23 orang guru, 13 kelas dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir juga seorang PAR. Guru Besar yang pertama ketika itu ialah En.Abd Ghaffar bin Kasim. Sekolah ini didirikan di atas tapak tanah kepunyaan Felcra seluas 2275 hektar, dengan usaha pemimpin-pemimpin masyarakat disini,akhirnya impian masyarakat disini untuk mendapatkan prasarana pendidikan telah tercapai, memandangkan sebelum ini mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka ke SK LKTP Chemplak yang jauhnya kira-kira 2 km dari Felcra Bukit Kepong.Kini banyak kejayaan baik dari segi akademik mahupun aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan para pelajar telah berjaya dikecapi. Penglibatan serta kerjasama khususnya warga sekolah, ibu bapa dan para pemimpin masyarakat telah banyak membantu kecemerlangan dan kejayaan sekolah ini.
GURU-GURU BESAR SK FELCRA BUKIT KEPONG
TAHUN | GURU BESAR |
2003 | En. Abd Ghafar bin Kasim |
2003 | Pn. Saadiah bt. Khamis |
2003-2005 | Pn. Hjh. Rosmizan bt. Jamaludin |
2005-2006 | Pn. Nazirah bt. Hj Taib |
2006 | Tn. Hj. Ramli bin Mohamed |
2007 | En. Cheman bin Yusoh |
2008-2010 | En. Sairan bin Hj. Yusof |
2011 | En. Mohd Dolit bin Manap |
2012- 2014 | Tn.Hj Mohd Nor bin Samingin |
2014 - 2016 | En. Muhammad Ilham Ganesh bin Abdullah |
2016 – sekarang | Pn Helen Murni bt Sulaiman |
No comments:
Post a Comment